PROGRAM ISLAMIC NAVIGATION TOWARD SUSTAINABLE ACCOUNTING & FINANCE FESTIVAL (In-SAFF) 2023

Kampus Kota, Universiti Malaysia Kelantan, 15 Jun 2023, seramai 320 orang pelajar yang terdiri daripada 200 pelajar daripada program perbankan dan kewangan islam, manakala 120 pelajar daripada program perakaunan telah berjaya mengikuti program Islamic Navigation Toward Sustainable Accounting & Finance Festival (In-SAFF) 2023 anjuran Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan dengan kerjasama daripada sekurangnya 15 wakil industri telah berjaya diadakan yang bertujuan memberi pendedahan ilmu kepada pelajar. Komitmen dan semangat pelajar sangat dibanggakan selama program ini berlangsung. Melalui program ini, ia mampu membentuk penguasaan ilmu dalam kalangan pelajar universiti dan mengoptimumkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PnP) melalui penghasilan inovasi yang terbaik terutamanya dalam inovasi perbankan dan kewangan islam yang diadakan anjuran oleh Malaysian Takaful Association. Seterusnya, memberi galakan kepada pelajar dalam penguasaan ilmu secara praktikal bersama wakil industri.